Friday, 21 September 2012
Qi Razali Nafi Orang Ketiga Menjadi Punca Dengan Yuna
Mungkin ramai peminat Yuna dan Qi Razali di luar sana tahu akan hubungan percintaan antara dua nama yang sangat dikenali ni. Jika nama Yuna menjadi pujaan ramai peminat di Hollywood, Qi Razali pada kami hanya suam-suam kuku sahaja di sini. Apapun mungkin sudah takdir mereka dipertemukan sebelum ini. Apapun baru-baru ini mereka akhirnya mengkaui yang hubungan cinta mereka sudahpun berakhir. Patut pun masa baru bercinta dulu memang havoc, tapi tiba-tiba senyap tiada khabar, rupanya masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Razali membuat kenyataan kepada portal Murai bahawa hatinya kini masih ada buat bekas kekasihnya itu, Yunalis Zarai atau Yuna dan tidak akan menolak jika ada jodohnya pada masa akan datang bersama Yuna.
“Ya, memang kini status kami sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan kerana kami membuat keputusan untuk lebih tumpukan kepada komitmen kami kepada kerjaya masing-masing. Hubungan kami tidak pernah putus dan sebenarnya masih lagi berkawan baik serta berjumpa, malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik.”
“Terus-terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana,” katanya lagi.
Qi Razali turut menafikan bahawa kehadiran orang ketiga menjadi punca perpisahan mereka.
“Bukan kerana orang ketiga walaupun kami masing-masing ramai kawan. Tetapi seperti apa yang saya katakan tadi, ianya adalah kerana kami masih sibuk dengan kerjaya masing- masing. Saya pun tidak boleh nak paksa dia balik ke Malaysia dan menjalinkan hubungan seperti biasa. Tapi saya tidak akan berbohong, jika satu hari nanti saya ke sana untuk bersamanya,” luahnya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment