Thursday, 27 September 2012

Haiwan Paling Kaya

        Korang semua dah tau sape paling kaya dekat dunia ?? Kalau korang mengikuti perkembangan semasa mesti dah sedia maklum tentang perkara nie kan ?? Normal la bile diperkatakan tentang manusia terkaya kan ?? Topik kali nie kite abnormal sikit sebab Mr R nak cerita mengenai haiwan terkaya.. Jangan tak percaya haiwan pun ade aset... Jom tengok kekayaan makhluk Allah nie....orang semua dah tau sape paling kaya dekat dunia ?? Kalau korang mengikuti perkembangan semasa mesti dah sedia maklum tentang perkara nie kan ?? Normal la bile diperkatakan tentang manusia terkaya kan ?? Topik kali nie kite abnormal sikit sebab Mr R nak cerita mengenai haiwan terkaya.. Jangan tak percaya haiwan pun ade aset... Jom tengok kekayaan makhluk Allah nie....


Kelapan Flossie ( Drew Barrymore’s Labrador Retriever )
 
Suatu hari, Labrador Retriever putih nie telah menyelamatkan Drew Barrymore’s dari satu kebakaran. Rumahnye terbakar hangus dan anjingnye mengejutkannye dari kebakaran tersebut. Selepas tu Drew membeli rumah bernilai £3.6 juta dan menamakan Flossie sebagai penama kedua rumah tersebut..




Ketujuh : Trouble ( Maltese Terrier )
Pada 2007, Trouble, seekor Maltese Terrier putih menerima £7.2 daripada tuannye, seorang sosialis terkenal, Leona Hemsley. Pewaris harta Hemsley’s yang menyedari perkara tu mencetuskan huru-hara dan hasilnye anjing tu cuma dapat £5 je. Tapi sperkara tu sikit pun tak menyusahkan hidup Trouble. Trouble masih boleh hidup dalam rumah mewah di New York City..




Keenam Blackie ( Kucing )
Blackie ialah kucing jinak peliharaan Ben Rea. Kucing nie mewarisi saham Ben Rea bernilai £9




Kelima Gigoo ( Ayam )
Manusia jarang sekali menjaga dan mengambil berat terhadap ayam. Telur-telur ayam dicuri dan setiap anggota badannye digoreng dan dimakan. Gigoo dipelihara dan disayangi oleh seorang hartawan penerbitan bernama Miles Blackwell dan mewarisi harta bernilai £10 juta selepas setahun kematian isteri hartawan nie..




Keempat : Anjing Oprah Winfrey
Oprah Winfrey sangat menyangai anjing dan mewariskan £30 juta kepada anjing kesayangannye. Segala keuntungan yang didapatinye, die akan kongsi bersama anjing-anjingnye. Oprah menjana sekitar £156 setahun untuk pertunjukkannye dan berkongsi hasil usahanya tue dengan anjing-anjingnye.




Ketiga : Toby Rimes ( Anjing )
Toby Rimes merupakan seekor anjing poodle yang mewarisi £15 juta dari tuannye yang bernama Ella Wendel pada tahun 1931 semasa anjing nie lahir. Pada masa tu anjing nie mempunyai akaun bank dengan nilai simpanan £30 juta dan wang tu terus berada dalam akaun nie selama 80 tahun..




Kedua : Kalu The Chimp
Cipanze Kalu bernilai £53 juta. Hartanye datang dari Patricia O’Neill yang mewarisi harta dari suaminye iaitu Frank O’Naill. Berbeza dengan kebanyakkan cipanze di Afrika, Kalu hidup di dalam estet mewah di Cape Town..




Pertama : Gunther IV ( Anjing )
Menurut Petplan, Gunther IV mempunyai harta bernilai £224 juta. Hartanye secara tak langsung diluluskan dari Countess Karlotta iaitu sebuah syarikat pengurusan harta di Amerika. Anjing nie mempunyai orang gaji sendiri dan kediamannye di kejiranan rumah agam milik Madonna di Miami Florida.


Mr R PK : Tak pelik bila manusia mewariskan hartanye kepada haiwan peliharannnye. Hanye die tau ape yang die buat..

Sebat Cara Civil Vs Hudud

            Malam tadi Mr R tengok berita dan tengok seorang ibu menangis teresak-esak kat mahkamah selepas anaknye did         Malam tadi Mr R tengok berita dan tengok seorang ibu menangis teresak-esak kat mahkamah selepas anaknye didapati bersalah dan bakal dikenakan hukuman sebat. Mr R pernah tengok video bagaimana seorang pesalah dikenakan hukuman 20 sebatan dan pastinye punggung pesalah tu memang hancur.. Tidur telentang la sebulan. Tengah dok teringat pasal video tu, Mr R terfikir pulak macam mana hukuman rotan dengan cara Islam dijalankan. Mr R pun carilah info yang Mr R nak tau tu dan macam biasa, Mr R nak kongsi dengan korang ape yang Mr R nak tau... Jom baca artikel pendek kat bawah...apati bersalah dan bakal dikenakan hukuman sebat. Mr R pernah tengok video bagaimana seorang pesalah dikenakan hukuman 20 sebatan dan pastinye punggung pesalah tu memang hancur.. Tidur telentang la sebulan. Tengah dok teringat pasal video tu, Mr R terfikir pulak macam mana hukuman rotan dengan cara Islam dijalankan. Mr R pun carilah info yang Mr R nak tau tu dan macam biasa, Mr R nak kongsi dengan korang ape yang Mr R nak tau... Jom baca artikel pendek kat bawah...



Friday, 21 September 2012

Qi Razali Nafi Orang Ketiga Menjadi Punca Dengan Yuna




Mungkin ramai peminat Yuna dan Qi Razali di luar sana tahu akan hubungan percintaan antara dua nama yang sangat dikenali ni. Jika nama Yuna menjadi pujaan ramai peminat di Hollywood, Qi Razali pada kami hanya suam-suam kuku sahaja di sini. Apapun mungkin sudah takdir mereka dipertemukan sebelum ini. Apapun baru-baru ini mereka akhirnya mengkaui yang hubungan cinta mereka sudahpun berakhir. Patut pun masa baru bercinta dulu memang havoc, tapi tiba-tiba senyap tiada khabar, rupanya masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Razali membuat kenyataan kepada portal Murai bahawa hatinya kini masih ada buat bekas kekasihnya itu, Yunalis Zarai atau Yuna dan tidak akan menolak jika ada jodohnya pada masa akan datang bersama Yuna.


“Ya, memang kini status kami sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan kerana kami membuat keputusan untuk lebih tumpukan kepada komitmen kami kepada kerjaya masing-masing. Hubungan kami tidak pernah putus dan sebenarnya masih lagi berkawan baik serta berjumpa, malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik.”

“Terus-terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana,” katanya lagi.




Qi Razali turut menafikan bahawa kehadiran orang ketiga menjadi punca perpisahan mereka.
“Bukan kerana orang ketiga walaupun kami masing-masing ramai kawan. Tetapi seperti apa yang saya katakan tadi, ianya adalah kerana kami masih sibuk dengan kerjaya masing- masing. Saya pun tidak boleh nak paksa dia balik ke Malaysia dan menjalinkan hubungan seperti biasa. Tapi saya tidak akan berbohong, jika satu hari nanti saya ke sana untuk bersamanya,” luahnya lagi.

HIBURAN








MyTabloid: Gambar Anak Perempuan Datuk Yusof Haslam Sedang Bersosial Tersebar

Tidak dapat bayangkan hati seorang bapa apabila melihat gambar anak perempuannya yang berkeadaan agak liar yang kini masih di Australia. Gambar ini adalah anak perempuan kepada Datuk Yusof Haslam, seorang jutawan dalam dunia perfileman tanahair kita. 


Peragut Di Belasah Orang Ramai




KUALA TERENGGANU — Berang begnya diragut, seorang gadis nekad mengejar penjenayah terbabit sebelum dibantu orang ramai yang berjaya memberkas lelaki itu dalam kejadian di Kampung Paya Lima Mas, di sini Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu juga turut dibelasah orang ramai dalam insiden pukul 10.30 malam tersebut.
Kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa ketika gadis berusia 20 tahun itu baru pulang daripada membeli makanan bersama ibunya dengan menaiki sebuah motosikal, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Suspek yang menunggang motosikal menghampiri mangsa dan melarikan beg yang diletak dalam bakul motosikal mangsa menyebabkan mangsa dan ibunya bertindak mengejar suspek.
"Mangsa dan ibunya yang berusia 50-an itu sempat meminta bantuan orang kampung untuk mengejar peragut itu," katanya.—BERNAMA

Thursday, 20 September 2012

Pelakon Syafie Naswip Ditendang Ketika Penggambaran


                                                                                      Syafie Naswip
 

PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip terkilan dengan sikap seorang aktor remaja yang enggan memohon maaf selepas menyebabkan kecederaan kepadanya ketika penggambaran telefilem Neraka Abah beberapa hari lalu.
Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 20, berkata, kecederaan pada lengan kirinya itu terjadi akibat terterhentak pada akar pokok selepas ditendang dengan kuat oleh pelakon berkenaan ketika penggambaran berlangsung.
“Lengan kiri saya menjadi bengkak dan lebam teruk kerana terhentak pada akar pokok selepas ditendang pelakon itu ketika adegan pergaduhan bagi penggambaran.
“Saya pelik mengapa dia menendang saya seperti pergaduhan sebenar sehingga mendatangkan kecederaan kepada saya. Walhal dia sudah berlakon sejak zaman kanak-kanak lagi. Takkanlah dia tidak tahu teknik lakonan?
“Apa yang saya kesalkan dia langsung tidak meminta maaf dengan tindakannya itu sehinggalah hari ini (Rabu) sedangkan dia tahu saya benar-benar mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi  di sini, Rabu.
Syafie bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak memaklumkan siapakah pelakon tersebut. Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal. Ia bakal ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9.
                     Beginilah keadaan lengan kiri Syafie yang lebam selepas terhentak pada akar pokok
                     akibat ditendang seorang aktor muda ketika penggambaran telefilem
 Neraka Abah.


Aktor yang popular menerusi filem Mukhsin ini berkata, insiden tersebut meninggalkan tanda tanya kepadanya mengenai alasan di sebalik tindakan pelakon remaja yang disifatkannya sebagai tidak profesional itu.
“Saya masih tertanya-tanya sama ada dia sengaja atau tidak apabila menendang saya dalam penggambaran itu? Saya tidak tahu apa yang cuba dibuktikan dan niat di sebalik tindakannya tersebut?
“Malah, lebih mengecewakan apabila dia tergelak dan menganggap kejadian itu bukan sesuatu yang serius selepas melihat saya mengerang kesakitan akibat perbuatannya itu,” kongsinya.
Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum itu, Syafie berkata, mereka tidak rapat dan hanya bertegur sapa ketika di lokasi sahaja.
“Kalau diikutkan ini adalah kali ketiga kami berlakon bersama tapi hubungan kami memang tidak rapat pun. Bila berjumpa di lokasi, kami hanya bersalam, berbual ringkas dan membuat hal masing-masing.
“Jadi, saya sendiri hairan mengapa dia bertindak demikian. Kalau kita bertindak atau berlakon yang agak kasar kepada orang lain pun kita akan segera minta maaf, apatah lagi selepas mengakibatkan kecederaan,” luahnya.
Mengenai kecederaan itu, Syafie berkata, bengkak pada lengannya kini beransur susut dan dia perlu berehat di rumah selama empat hari selepas menamatkan penggambaran pada Selasa lalu.
Syafie yang akan memulakan penggambaran telefilem Takbir Yang Terlerai terbitan Filmscape selepas ini turut memberitahu dia mahu lebih berhati-hati jika menerima tawaran berlakon di samping aktor itu pada masa akan datang.